Penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pahang mencatatkan peningkatan enam kali ganda sehingga kelmarin.
Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, sebanyak 1,288 kes telah dicatatkan berbanding 190 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu.